Berikut adalah 10 keping gambar teknologi terkini yang berinovasi berkaitan dalam bidang kejururawatan atau perubatan.
1. Pil Ubat Yang Ditelan Dan Dikawal Melalui Telefon
Penyelidik di Massachusetts Institute of Technology (MIT), Draper, dan
Bringham and Women’s Hospital telah mencipta sebuah pil mengandungi ubat yang
boleh ditelan dan dikawal menggunakan teknologi Bluetooth tanpa
wayar yang boleh mengesan keadaan sekitar seperti jangkitan, alahan, atau
keadaan lain di dalam badan selama sekurang-kurangnya sebulan. Pil ini
dihasilkan menggunakan teknologi cetakan 3D. Ia boleh digunakan untuk
melepaskan ubat-ubatan bagi merawat pelbagai penyakit, terutamanya yang
memerlukan rawatan dalam tempoh lama. Antara kedaan yang boleh mendapat manfaat
dari teknologi ini ialah pesakit dengan sistem imun lemah seperti menjalani
kemoterapi atau mengambil ubat penindas imun (immunosuppressive drugs).
Sistem imun yang rendah membuatkan mereka lebih tertedah kepada jangkitan.
Dengan adanya alat pengesan pada pil yang ditelan, antibiotik boleh dilepaskan
dengan lebih awal.
2. Bacaan Gula
Melalui Kanta Lengkap/Sentuh

Mengesan bacaan gula melalui kanta lengkap merupakan idea pertama yang
dibentangkan oleh Google pada 2014. Namun, lapor Science Alert melaporkan
bahawa tiada perkembangan menyusuli pengumuman itu. Walau bagaimanapun, Jihun
Park dan saintis-saintis dari Institut Sains dan teknologi Nasional Ulsan di
Korea Selatan telah menghasilkan prototaip dan sudah menguji kanta lekap mereka
pada arnab-arnab. Hasil ujian menunjukkan bahawa arnab-arnab itu tidak
mengalami kesan negatif. Kanta lekap yang dihasilkan lembut dan mudah dilentur
dan ia terdiri daripada beberapa komponen sahaja supaya pesakit kencing manis
berasa selesa. Ia juga tidak mudah pecah dan tidak mempunyai bahan tebal yang
mampu menghalang daya penglihatan seseorang. . Kanta lekap itu dilengkapi
dengan sensor yang memantau kadar gula, LED hijau, antena, dan alat penerus
yang semuanya dicantumkan menggunakan wayar yang sangat halus sekali. Antena
dan alat penerus akan menerima isyarat frekuensi radio daripada pemancar, dan
akan menjadikannya sebagai tenaga elektrik bagi monitor dan LED. Apabila kadar
gula dalam darah pesakit meningkat, LED dimatikan. Kanta lekap ini juga
dikatakan memberi perangkaan yang tepat walaupun kadar gula dalam titisan air
mata antara lima hingga 10 kali lebih rendah.
3. Teknologi Generasi Kelima (5G)
Penggunaan teknologi generasi kelima (5G) dalam
bidang perubatan akan membolehkan pesakit kritikal diberi rawatan dengan lebih
efisien dan sewajarnya sekali gus meningkatkan peluang untuk menyelamatkan
nyawa. Pemindahan data pesakit dapat dilakukan secara nyata (real-time) ke
hospital dari lokasi pesakit itu didiagnosis. Hal ini membantu paramedik untuk mendiagnosis
pesakit dengan lebih cepat dengan menggunakan elektrokardiogram (ECG) dan
imbasan ultrabunyi (ultrasound) daripada dalam ambulans dan imej imbasan itu
akan dipaparkan menerusi skrin yang boleh dilihat di skrin tablet atau komputer
di hospital. Menerusi teknologi 5G ini
juga, proses mendapatkan keputusan diagnosis menggunakan ECG akan menjadi lebih
cepat dan jimat masa kepada hanya satu minit berbanding dua ke tiga minit
(menerusi teknologi 4G atau 3G).
4. 3D
Bioprinting
Penyelidik di Universiti Tel Aviv di Israel telah
menggunakan tisu manusia untuk mencipta jantung cetak 3D pertama dunia yang membawa
harapan baru kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung. Pada tahun 2013,
seorang pakar kardiologi telah menyiapkan "jantung" yang pertama kali
dicetak 3D, yang bukan sahaja kelihatan seperti jantung manusia, tetapi juga
berdenyut. Walau bagaimanapun, "jantung" ini diperbuat daripada plastik
dan hanya boleh digunakan untuk mengkaji prosedur pembedahan.
5. Clustered Regularly Interspaced Short Palindromic Repeats (CRISPR)
Seorang
saintis China, He Jiankui telah menggegarkan dunia pada tahun 2018 apabila
beliau mendakwa bertanggungjawab ke atas kelahiran dua bayi pertama yang
disunting secara genetik. CRISPR adalah satu kaedah yang mudah untuk mengubah
DNA yang mendapat perhatian sekitar tahun 2012. Sejak pengenalannya, teknologi
ini telah digunakan dalam rawatan eksperimen yang kini telah memasuki ujian
terhadap manusia, serta digunakan dalam sains makmal setiap hari. Pada tahun
2019, ujian ke atas manusia telah dijalankan di Amerika Syarikat, Kanada,
Eropah untuk melihat bagaimana teknologi penyuntingan gen ini berfungsi dalam
gangguan darah seperti anemia sel sabit dan beta talasemia. Ujian peringkat
awal mendapati keputusan positif dalam kedua-dua pesakit yang dirawat setakat
ini.
6. Sistem
Pembedahan da Vinci
Sistem
Pembedahan da Vinci adalah sistem pembedahan robotik yang dicipta oleh sebuah
syarikat dari Amerika Syarikat, Intuitive Surgical. Sistem da Vinci terdiri
daripada mesin bedah yang lazimnya berada di dalam bilik yang sama dengan
pesakit, serta tempat pembedahan pesakit dengan empat lengan robot interaktif
yang dikawal dari mesin. Lengan robot ini akan meniru pergerakan pakar bedah
yang mengawalnya menggunakn mesin. Sejak bertahun-tahun, sistem ini telah
mengurangkan kesilapan manusia kepada hampir sifar. Sistem ini telah menjadi
sangat popular sepanjang dekad yang lalu dan lebih daripada 1.5 juta pembedahan
telah dilaksanakan di seluruh dunia menggunakan sistem ini.
7. Cyberknife
Pisau
Siber pertama telah dibangunkan pada awal tahun 1992 oleh seorang profesor
Amerika iaitu John Adler, yang pernah mengajar di Stanford University. Semasa
bekerja menggunakan sistem, pencipta menetapkan dirinya matlamat untuk
mengatasi kekurangan yang sedia ada yang merupakan ciri-ciri peranti
radiosurgeri yang sudah diketahui oleh dunia. Pada masa yang sama dia berjaya
menggabungkan sistem kawalan ke atas imej dan "tangan" robot
terkawal. Tujuh tahun selepas satu siri ujian, peranti akhirnya bekerja, dan
pesakit pertama adalah orang yang mempunyai bengkak leher dan kepala. Selepas
berjaya melakukan lebih daripada seratus operasi, sistem telah terbukti dengan
baik. Tepat lima tahun kemudian, ia telah digunakan sepenuhnya untuk rawatan
neoplasma dari mana-mana penempatan.
8. Rekod Perubatan
Elektronik
Pengenalan
telemedicine, teknologi mudah alih dan hospital menggantikan kekurangan sistem pengurusan pangkalan data maklumat yang komprehensif dan
kekurangan rangka kerja pengawal seliaan yang sesuai. Interaksi maklumat di
semua peringkat dapat membantu kedua-dua doktor dan pesakit yang tinggal di
daerah pedalaman yang terpencil, di mana ini akan sangat relevan. Salah satu
ciri paling popular teknologi komputer perubatan moden ialah rekod pesakit
elektronik. Mereka memberikan tumpuan semua maklumat yang diperlukan dalam satu
pangkalan data tunggal untuk menyimpan data elektronik yang unik. Perkembangan
teknologi penstriman menyediakan perkembangan pesat kaedah untuk meramalkan
keadaan yang mengancam kesihatan pesakit. Ini dilakukan dengan menganalisis
dalam masa nyata sejumlah besar parameter pesakit. Hal ini juga dapat
mengurangkan jumlah laporan perubatan kertas.
9. DEKA
DEKA
merupakan sebuah lengan robot yang dibangunkan oleh Dean Kamen yang juga
merupakan pencipta Segway (mesin pengangkut peribadi). Lengan ini akan
membolehkan individu yang kehilangan anggota badan untuk mengawal lengan
prostetik ini dengan hanya menggunakan fikiran sendiri. Ia pada mulanya direka
untuk memberikan penggantian yang lebih baik untuk askar yang kehilangan
anggota yang kembali ke Negara asalnya sebagai veteran perang. DEKA ini turut
mendapat pengiktirafan daripada FDA, seterusnya membolehkan teknologi ini
dijual secara komersial.
10. Battlefield
Extraction Assist Robot (BEAR)
BEAR merupakan satu robot yang
mampu membawa keluar tentera yang cedera dari zon bahaya seperti medan perang,
kawasan nuclear, kontaminasi bahan kimia dan bangunan runtuh. Ini akan
menghapuskan sebarang risiko tambahan kepada manusia untuk menyelamatkan
manusia lain yang cedera. Robot ini boleh dikendalikan daripada jarak jauh dan
dilengkapi dengan sensor yang canggih. Robot ini juga mampu melintasi kawasan
berhalangan dengan mudah dengan bantuan gabungan gyroskop dan motor kawalan
computer yang memberikan robot kestabilan.
Semoga Bermanfaat =)